Deprecated: Elementor\DB::is_built_with_elementor is deprecated since version 3.2.0! Use Plugin::$instance->documents->get( $post_id )->is_built_with_elementor() instead. in /home/rekasawa/imedik.org/wp-includes/functions.php on line 4861
I-Medik Selangor - Kursus Pertolongan Cemas di Masjid Jamek Kariah, Batang Kali - I-Medik

#KitaJagaKita

I-Medik Selangor – Kursus Pertolongan Cemas di Masjid Jamek Kariah, Batang Kali

295993328_5443448959054296_1651612491251851611_n

BATANG KALI , 30 JULAI 2022 – Jemaah masjid dan penduduk kampung di kawasan Batang Kali tidak terlepas peluang menyertai Kursus Pertolongan Cemas yang dianjurkan I-Medik Selangor dengan kerjasama dari Biro Dakwah Masjid Jamek Kariah Sg Masin pada sabtu lepas.

Seramai 35 peserta pelbagai usia menyertai kursus pertolongan cemas ini, dari kanak-kanak berusia 12 tahun sehingga ke dewasa dan daripada pelbagai latar belakang berminat  menyertai kursus ini.

Pada awal kursus ini dimulakan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Tuan Nazir Ahmad Rizal Abu Bakar, Nazir  Masjid Jamek Kariah Sg Masin.

 

Seterusnya, slot yang pertama dimulakan dengan ceramah dari Ustaz Mohd Zulfariq Ridzwan, Pegawai Dakwah ISMA Hulu Bernam dengan Hifzun Nafs.

Selanjutnya, kursus dimulakan dengan penyampaian ceramah oleh Dr Naqib Sharif, Pengerusi I-Medik Selangor dengan memberi keterangan berkenaan Teori Pertolongan Cemas bagi serangan jantung dan tercekik dan teknik CPR dan Heimlich untuk mangsa tercekik.

Beliau menerangkan kepada peserta teknik CPR dan Heimlich untuk mangsa tercekik.
Slot terakhir bagi Kursus Pertolongan Cemas iaitu, Slot Asas Praktikal bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan dewasa yang sesak nafas akibat tercekik dan cara bantuan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) bagi mereka yang lemas dan terkena serangan jantung.

Pada akhir kursus, peserta diberikan pendedahan Asas Praktikal bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan dewasa yang sesak nafas akibat tercekik dan cara bantuan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) bagi mereka yang lemas dan terkena serangan jantung.

Para peserta dibahagikan beberapa kumpulan dan diselia oleh Dr. Wan Hilmi, Dr. Naqib Shariff dan Dr. Nuaim daripada I-Medik Selangor.

Kursus ini Berjaya dalam memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta dalam teknik yang betul apabila peserta berhadapan dengan detik cemas .

Kursus tamat pada jam 1 tengahari dan diakhiri dengan sesi fotografi.