Ibu Bapa Perlu Faham Separation Anxiety Yang Anak-Anak Hadapi

Keadaan pandemik yang mula menunjukkan penurunan kes dan peralihan fasa endermik membolehkan sesi persekolahan bakal dijalankan seperti biasa.

anak-anak akan mula belajar bersama kawan-kawan di dalam satu bilik darjah dan berhadapan dengan guru-guru. Anak-anak yang terlalu lama berkurung dan tidak berjumpa dengan orang luar akan merasa takut untuk berjauhan bersama ibu bapa mereka dan bersama dengan orang yang mereka tidak kenal.

Keadaan ini dipanggil separation anxiety, dimana mereka merasa risau dan tidak mahu ke sekolah. Terutama bagi anak-anak yang memasuki tadika atau awal sekolah rendah.

Mengikut kepada Maslow Hierarchy of Needs, jika anak-anak mengalami masalah dari segi emosi dan sosial mereka, kebarangkalian mereka akan sukar untuk belajar dengan baik.

Ibu bapa perlulah berikan sokongan kepada anak-anak dari segi emosi dan sosial. Situasi ini adalah situasi yang normal , sebagai ibu bapa dan guru-guru perlulah berikan sedikit ruang dan waktu kepada mereka. Proses ini bukan sahaja terjadi dikalangan anak-anak di negara kita, juga di negara luar .

Ibu bapa tidak seharusnya menyalahkan guru-guru sekiranya pada awal persekolahan pembelajaran dari segi akademik belum lagi diberatkan.

Guru-guru juga jangan salahkan ibu bapa sekiranya anak-anak mereka lambat dalam memahami sesuatu pembelajaran .

Berikan masa kepada mereka, mereka amat memerlukan sokongan daripada kita semua.

Leave a Comment