IFTAR RAMADHAN I-MEDIK KL/SELANGOR MENGERATKAN HUBUNGAN SESAMA AHLI

GOMBAK, 22 MEI – Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) cawangan Kuala Lumpur Selangor telah mengadakan program Iftar Ramadhan bertempat di Ara Partners Event Place, Taman Melawati pada hari Rabu yang lalu.

Program Iftar Ramdhan ini dihadiri oleh hampir 40 orang ahli dari kalangan pengamal perubatan, pengamal sains kesihatan bersekutu dan mahasiswa yang baru sahaja menamatkan pengajian. Iftar Ramdhan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama penggerak I-Medik serta meraikan ahli-ahli baru bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.  Selain itu, Iftar Ramadhan ini turut memberi peluang kepada para ahli yang ingin beramal jariah di bulan Ramadhan ini.

photo_2016-06-25_10-17-27

Dalam ucapan pengerusi I-Medik Kuala Lumpur Selangor, Dr Muhammad Irfan Bin Mohamad Salmi, beliau mengingatkan kepada para ahli untuk berusaha mengejar ganjaran pahala yang berganda di bulan Ramadhan ini meskipun dibatasi kesibukan kerjaya sebagai pengamal perubatan dan sains kesihatan.

Iftar Ramdhan ini turut dihadiri oleh Naib Presiden 2 I-Medik, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dan juga Setiausaha Agung I-Medik Prof. Dr. Azizi bin Ayob. Dalam ucapan beliau, Prof Dr. Azizi bin Ayob menekankan tentang aspek kepentingan memahami ayat-ayat suci Al-Qur’an selain daripada membacanya sahaja lebih-lebih lagi di ambang peristiwa Nuzul Al-Qur’an.

Iftar Ramdhan ini diakhiri dengan sesi taaruf bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli. Iftar Perdana kemudian bersurai pada jam 9.00 malam.
photo_2016-06-25_10-17-25

oleh Dr Naufal
Aktivis I-Medik KL/Selangor

Leave a Comment