IMU sampaikan sumbangan kepada mangsa banjir kepada I-Medik

1 2

BANGI, 2 Jan – I-Medik dan Yayasan Ikhlas hari ini menerima sumbangan RM200,000 daripada International Medical University (IMU) sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir seluruh Pantai Timur.

Sumbangan itu diserahkan Presiden IMU, Tan Sri Dato Dr Abu Bakar Sulaiman kepada Prof Madya Dr Zainur Rashid Z Naib Presiden I Medik dan Prof Azizi Ayob SU I-Medik di Bukit Jalil petang ini.

Prof Madya Dr Zainur Rashid berkata, sumbangan yang diberikan IMU adalah dalam bentuk ubatan, makanan, peralatan elektrik seperti waterjet, water pump dan generator elektrik.

Sumbangan ini dibawa ke Kelantan dengan 2 buah lori 3 tan malam ini.

Selain itu, ujar Dr Zainur Rashid lagi, Tan Sri Abu Bakar telah menyatakan hasratnya juga untuk membantu I-Medik dengan membekalkan peralatan dan ubatan bagi kegunaan klinik bergerak I-Medik di seluruh negara.

Turut hadir, wakil Yayasan Ikhlas Mohd Haziqq Mohd Isa.

Mohd Haziqq berkata, Yayasan Ikhlas berterima kasih kepada pihak IMU kerana memilih Yayasan Ikhlas dan I-Medik.

“Yayasan Ikhlas mempunyai rekod cemerlang dalam menyampaikan bantuan kali ini. Kami telah menghantar lebih 10 tan barangan ke Pantai Timur selain menghantar ubat-ubatan dengan kerjasama I-Medik dan ratusan sukarelawan dengan kerjasama Briged Bakti PEMBINA,” kata beliau kepada ISMAweb.

Leave a Comment