Deprecated: Elementor\DB::is_built_with_elementor is deprecated since version 3.2.0! Use Plugin::$instance->documents->get( $post_id )->is_built_with_elementor() instead. in /home/rekasawa/imedik.org/wp-includes/functions.php on line 4861
Isu LGBT, Jangan Dipandang Ringan - I-Medik

#KitaJagaKita

Isu LGBT, Jangan Dipandang Ringan

Sajat-Umrah-FB

Pada hari ini, banyak di ruangan komen, memanggil Muhammad Sajat sebagai ‘she/her’. Ini adalah satu tindakan ‘enabler’ yang merestui perbuatan Sajat dalam menukar jantina daripada lelaki kepada perempuan. Jika komennya datang dari yang bukan beragama Islam, berlapang dadalah kerana mereka ada aturan cara pandang berbeza.

Tapi jika komennya datang dari yang beragama Islam, kita pelik bagaimana perbuatan menukar jantina boleh direstui, diterima dan dibiarkan. Jika tak mahu pandang dari sudut agama, pandanglah dari sudut kesihatan.

Golongan ini lebih rentan kepada masalah sakit mental dan bunuh diri. Bukan berasbabkan tekanan yang diterima mereka semata-mata. Kerana data menunjukkan, di negara yang menerima cara hidup yang sebegini pun tetap mereka terdedah kepada masalah mental:

1) Di Netherlands, perkahwinan sesama jantina adalab dibenarkan. Lelaki homoseksual 3 kali ganda  mempunyai masalah mood disorder dan 10 kali ganda berisiko dalam mencederakan diri mereka sendiri.

2) Di Sweden juga dibenarkan perkahwinan sejenis. Dan rekod kadar bunuh diri adalah 3 kali ganda tinggi di dalam kalangan lelaki yang berkahwin dengan lelaki berbanding perkahwinan normal.

3) Dan negara-negara barat lain seperti Amerika Syarikat dan Australia, pola peningkatan kepada masalah HIV juga meningkat. Risiko lebih tinggi apabila penetrasi melalui dubur yang bukan alat kelamin.

 

 

4) Dan secara umum, risiko untuk masalah anxiety, murung dan penggunaan barang terlarang juga tinggi untuk golongan ini.

Kalau nak pandang dari sudut agama, cukuplah menjaga maqasid syariah sebagai ‘umbrella’ kepada semua kerosakan yang bakal berlaku.

Maqasid menjaga nasab keturunan dan maqasid menjaga nyawa juga caca marba jika mereka dibiarkan terdedah dengan kerosakan apatah lagi jika gejala ‘enabler’ ini dibiarkan.

Jika terlalu sukar untuk kita pandang dari dua sudut ini, pandanglah dari sudut undang undang, lelaki tersebut lari dari kesalahan jenayahnya. Jangan sekadar cakap ‘we are not here to judge’.

Kita risaukan golongan ini salah menggunakan ruang privasi mereka sendiri seperti bilik persalinan, tanda , ruang wuduk dan solat.

Akhirnya, memang tiada apa yang sempurna, tapi itu bukan alasan untuk apa ‘yang tidak sempurna’ itu dikembangbiakkan apatah lagi dibiarkan.

JAKIM dan banyak badan bukan kerajaan telah melaksanakan program-program untuk mendekatkan diri dan membantu masyarakat dalam menangani masalah seperti ini.

Dr Najwa Hanim

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental