Isu PrEP – Sudut Pandang Pembelaan Wanita

Walaupun beberapa mufti telah memberikan fatwa tentang isu pemberian PrEP secara percuma kepada golongan berisiko tinggi (biseksual/homoseks), masih lagi terdapat suara-suara dari kalangan masyarakat dan para doktor, seolah – olah isu ini tiada penghujungnya.

Golongan liberal dan sekular menyokong pemberian PrEP percuma ini dia atas dasar ‘hak asasi manusia’ dan kononnya ia dapat menurunkan kadar jangkitan kes HIV/AIDS di Malaysia.

Walaupun data yang menunjukkan keberkesanan PrEP diragui, boleh baca di link berikut:
https://www.google.com/amp/s/www.independent.co.uk/news/world/europe/chemsex-parties-rise-gay-men-lgbt-hiv-cause-risk-prep-drugs-dating-app-grindr-europe-a9103881.html%3famp

Masih terdapat pihak yang menyokong pemberiannya, as a ‘blanket rule’ tanpa melihat kepada langkah-langkah lain seperti ‘abstinence’ sebagai langkah pencegahan utama yang disyariatkan agama (bukan hanya Islam) dan logik untuk diterima akal.
Boleh baca tentang abstinence di sini:

https://www.thelancet.com/journals/langlo/article/PIIS2214109X(16)30307-2/fulltext

Namun, langkah ini tidak popular disebabkan cara pemikiran kita (orang awam dan para health professionals) yang semakin sekular dan ingin meraikan pelbagai pihak, bersifat inklusif dan apa jua label-label lain yang kita inginkan.

This is not isu agama, neither is it isu kesihatan semata-mata. It’s both, intertwined. Sektor kesihatan seolah-olah melupakan bahawa manusia itu terdiri dari aspek mental, fizikal dan spiritual. Walaupun homoseksualiti dsb dah berjaya dikeluarkan dari DSM IV, V etc, itu konsep yang mereka nak semua amalkan. Sedangkan isu elgibiti isu mempunyai komponen spiritual yang SANGAT BESAR. Tetapi ia diabaikan.

Penulisan saya kali ini hendak berkongsi luahan hati dan perasaan seorang isteri kepada lelaki biseksual. Jika selama ini puak ‘feminis’ lantang dengan konsep kesamarataan gender, pembelaan wanita etc, kenapa dalam isu PrEP ini mereka mendiamkan diri? Saya tidak mengharapkan puak feminis bersuara pun, tetapi isu ini sudah cukup membuktikan yang selama ini mendakwa diri mereka membela wanita, akhirnya mendiamkan diri ketika maruah dan harga wanita itu sedang diinjak-injak. Seolah-olah isteri itu akan bahagia hanya dengan TIDAK DIJANGKITI HIV, dari suaminya yang sorok2 makan PrEP, sedangkan suami bebas dengan budaya hidup songsang di belakangnya. Inikah konsep wanita itu setaraf dengan lelaki yang dicanangkan?

Sebenarnya feminis, sekular dan liberal tu boleh dicampak ke dalam bakul sampah yang sama. Walau apa pun slogan mereka.

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita pertengahan umur yang datang ke klinik untuk pemeriksaan darah dan penyakit kelamin, kerana suaminya seorang pengamal seks songsang. Walaupun telah berkahwin lama dan dikurniakan anak, akhirnya perbuatan suami terbongkar dan sebagai isteri yang sayangkan anak-anak dan rumahtangga, dia memilih untuk teruskan perkahwinan. (Ada ke puak feminis yang minta isteri tuntut cerai di sini kerana telah dizalimi??)

Isteri tersebut telah menjalani sesi kounseling, di mana kounselor yang terlibat mengendalikan kem2 motivasi untuk golongan elgibiti ini memberikan nasihat bahawa kes-kes yang telah beliau kendalikan secara umumnya mengambil masa 3-10 tahun untuk berubah. Kounselor ini telah terlibat selama 12 tahun dengan kelompok ini dan telah mengendalikan pelbagai kes. Kenapa si isteri yang pergi jumpa kounselor? Kerana suami enggan!

Maka selepas ini, si isteri akan menjalani kehidupan dengan sesi kounseling, ujian darah secara berkala dan ubat PrEP sepanjang hayatnya, yang mana pakar-pakar perubatan telah pun memberi amaran tentang kesan sampingan PrEP terhadap buah pinggang/hati etc. Orang lain yang ‘sakit’ orang lain pun kene makan ubat, begitulah lumrah kehidupan jika kita terus dengan keputusan pemberian PrEP secara percuma.

Isteri tersebut berkongsi lagi, sebenarnya kehidupan yang dia akan lalui selepas ini adalah bukan lagi ‘hidup’. Ia kehidupan yang membunuh kebahagiaan, harapan dan maruah dirinya. Tetapi itulah yang dia bakal tempuhi demi sisa-sisa hidup yang berbaki.

Selesai konsultasi, dia beredar dengan tenang, sehingga menyebabkan kami semua mengalir airmata.

Betapa dunia ini telah berlaku kejam dan menzalimi wanita! Dan siapakah yang datang membela? Tiada. Siapa yang memperjuangkan nasib dirinya dan anaknya? Ada siapa yang peduli jika dia mendapat tekanan mental dan penyakit depression? Tiada.
Yang dibela adalah puak2 biseksual/homoseksual yang mencari penyakit. Yang dijaga mental puak2 ini juga. Yang perlu diruntuhkan adalah institusi keuarga. Yang stabil itu yang perlu runtuh. Yang berisiko tinggi itu yang diangkat.

Benarlah dunia telah terbalik!

Justeru saya menyokong sepenuhnya usaha-usaha Dr Rafidah Hanim dan team atas kesungguhan dan penah lelahnya.

Semoga yang benar akan menang.

Leave a Comment