Jangkitan AIDS: Jangan Menyerah Kalah

Tahukah anda 1 Disember setiap tahun merupakan Hari AIDS sedunia?

Tidak pernah terlintas di fikiran saya yang suatu hari nanti, saya berpeluang mendengar pengalaman daripada pesakit HIV/AIDS sendiri semasa bertugas dlm perkhidmatan Farmasi kepada pesakit HIV di klinik kesihatan KKM.

Terdapat banyak klinik kesihatan dan hospital KKM seluruh negara yang menawarkan rawatan untuk pesakit HIV/ AIDS. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah ujian saringan HIV, rawatan anti retroviral (HAART) bagi merawat HIV dan khidmat nasihat kepada para pesakit.

Apa yg boleh disimpulkan secara amnya:

1. Penyakit HIV ini tidak kenal usia. Ada yg dijangkiti ketika masih muda, ada yg tua. Ada yg tahu lebih awal. Ada pesakit yg lambat mengetahui diri dijangkiti kerana tidak bergejala dan sudah lama tiada aktiviti berisiko. Siapa sangka, rupanya virus HIV itu sudah menjangkiti badan lebih awal.

2. Saringan kesihatan adalah penting untuk kepentingan diri & orang lain terutamanya suami isteri, bakal pasangan dan lain-lain. InsyaAllah bagi pasangan yang positif HIV, ada jalan keluar dan perbincangan yg boleh dibuat. Ada suami yg positif, tetapi isteri negatif. Ada ibu yg positif, tetapi anak negatif. Semua itu memerlukan konsultasi dan khidmat nasihat yg betul dalam menjalani rawatan untuk HIV.

3. Didikan ibu bapa terhadap anak-anak sangat penting. Di sebalik kesibukan bekerjaya, Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak dan menyerapkan ilmu agama sebaiknya agar menjadi benteng anak-anak ini daripada terlibat dalam aktiviti berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah dan seks luar tabii.

4. Faktor persekitaran: setiap individu perlu kuat untuk mengawal diri agar tidak mudah jatuh ke dalam aktiviti yang berisiko mendapat jangkitan HIV. Aktiviti-aktiviti berisiko tinggi ini memang tidak dibenarkan dalam Agama Islam. Jadi, jika anda ada melihat rakan-rakan condong ke arah aktiviti tersebut, bantulah mereka untuk kembali ke jalan yang benar.

5. Sokongan keluarga dan rakan-rakan penting bagi pesakit-pesakit HIV yang sedang dirawat dengan ubat retroviral (HAART). Penting bagi pesakit untuk terus makan dan komplian dengan rawatan sepanjang hayat bagi mengawal jangkitan HIV dari terus mengganas & menimbulkan pelbagai gejala lagi. Benar ini isu sensitif. Akan tetapi jika anda insan yg dipilih utk diberitahu oleh pesakit sendiri berkenaan rawatan yang perlu mereka ambil, bantulah mereka & peliharalah kepercayaan itu serta berilah mereka dorongan yang berterusan.

6. Banyak kumpulan sokongan ditubuhkan untuk membantu pesakit HIV yang sedang menerima rawatan seperti WhatsApp group, perjumpaan berkala dgn ahli agama, perkongsian bersama dan seumpamanya. Banyak tapi mungkin tidak popular. Tiada paksaan untuk pesakit menyertainya, semuanya sukarela.

Yakinlah masih ada jalan untuk menghadapi kemelut HIV ini dan jangan mudah mengaku kalah.

Marilah sama-sama kita berdoa agar sentiasa dalam peliharaan Allah SWT, diteguhkan iman, dikurniakan hidayah oleh Allah agar pengakhiran kita adalah pengakhiran yg baik. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Takut dengan murka Allah, harap dengan kasih sayang Nya.

Nurul Nafisah binti Hassan
Pegawai Farmasi
Ahli I-Medik Negeri Sembilan

Leave a Comment