Kenali 5 jenis makanan pembakar kalori

Kenali 5 jenis makanan pembakar kalori |

Berakhir sudah Syawal, pasti ramai yang sudah mula susah hati melihat jarum penimbang. Tidak dinafikan musim raya adalah waktu yang amat sukar untuk amalkan ‘eat clean’ dan sekarang adalah waktu terbaik untuk anda mulakan semula rutin pemakanan yang sihat.

Disini dikongsikan 5 jenis makanan yang dapat meningkatkan pembakaran kalori di dalam badan anda. ‘Thermogenic food’ adalah kategori makanan yang mampu meningkatkan metabolisme badan, sekaligus mempercepatkan proses pembakaran lemak dari dalam badan.

1- Teh Hijau
Ekstrak teh hijau dikatakan mampu mengaktifkan proses pembakaran lemak, malah ia lebih berkesan berbanding kopi. Anda boleh rendamkan teh hijau dalam botol air 1 Liter dan habiskan dalam sehari.

2- Vitamin C
Pernah dengar orang amalkan supplement vitamin C untuk kurus? Kajian menunjukkan bahawa mereka yang kekurangan vitamin C dari badan lebih sukar membakar lemak berbanding mereka yang mempunyai kandungan vitamin C yang cukup. Ia juga mampu meningkatkan 30% pembakaran lemak ketika bersenam.
Haruskah anda membeli supplement vitamin C? Jawapannya tidak.
Amalkan buah-buahan kaya vitamin C seperti Oren, Epal dan Jambu batu kerana buah-buahan bukan sekadar mengandungi vitamin C tetapi juga mampu membakar lemak dengan beberapa fungsi badan yang lain.

3- Makanan pedas & bercili
Kajian mengatakan cili & lada mampu mengawal lapar serta membantu meningkatkan metabolisme badan. Jika diperhatikan, amalan memakan nasi putih & lada hitam ketika fasa berpantang selepas kehamilan adalah salah satu cara untuk membakar kalori badan.

4- Makanan kaya Protein
Kadar pembakaran kalori dari protein adalah jauh lebih tinggi berbanding lemak. Apa maksudnya?
Apabila anda mengambil protein lebih banyak peratusan yang akan dibakar untuk hasilkan tenaga, berbanding lemak yang lebih banyak disimpan dalam badan. Kerana itulah digalakkan melebihkan protein berbanding karbohidrat & lemak di dalam nutrisi pemakanan kita.

5- Halia
Teh halia & makanan yang kaya dengan halia mampu meningkatkan pembakaran kalori dalam badan. Mengikut kajian, ia juga dikatakan mampu memberi rasa kenyang dan mengurangkan tabiat mengunyah yang sememangnya bagus untuk mereka yang mahu kurus.

5 makanan ini adalah yang mudah untuk anda amalkan dan selalunya ada di dapur anda. Cuma perlu rajin dan disiplinkan diri untuk patuhi pemakanan yang sihat ini. Mulakan langkah anda hari ini, inshaAllah kita usahakan badan & minda yang sihat supaya cergas untuk berkerja & beramal ibadah.

Semoga bermanfaat!

Ditulis oleh : Dr Nadiah Norudin
Aktivis I-Medik

Leave a Comment