KES JANGKITAN COVID-19 KE-27 YANG MELIBATKAN PELATIH JURURAWAT

  1. Jururawat Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) menzahirkan rasa simpati terhadap jururawat pelatih yang baharu sahaja disahkan positif terkena jangkitan COVID-19 seperti yang dilaporkan dalam Kenyataan Akhbar Ketua  Pengarah Kesihatan bertarikh 1 Mac 2020.
  • Menurut kenyataan KPK tersebut, mangsa mempunyai sejarah mengendalikan kes COVID-19 yang ke-24 pada 21-22 Februari 2020 tanpa memakai sebarang peralatan perlindungan diri (PPE) seperti yang disarankan dan mula menunjukkan gejala jangkitan pada 27 Februari 2020.
  • Jururawat I-Medik ingin menyarankan agar sistem penempatan jururawat pelatih sama ada di hospital kerajaan dan hospital swasta agar mereka tidak ditempatkan dan ditugaskan untuk mengendalikan kes jangkitan wabak seperti COVID-19, mengambil kira faktor pengalaman perawatan mereka.
  • Jururawat I-Medik juga suka untuk mengingatkan agar jururawat dan petugas kesihatan di hospital agar tidak mengambil ringan arahan untuk menggunakan peralatan perlindungan diri yang lengkap semasa mengendalikan pesakit yang disyaki atau disahkan positif COVID-19.
  • Jururawat I-Medik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para petugas kesihatan yang telah bertarung dengan risiko semasa mengendalikan kes jangkitan wabak COVID-19 di negara ini. Semoga Allah membalas khidmat bakti dengan sebaik-baik balasan.

Terima kasih.

Mohammed Rasheedan bin Ellin

Sektor Jururawat,

Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

Leave a Comment