Kesan Iktiraf Gender Ketiga

?UTUSAN MALAYSIA EDISI 17 SEPTEMBER 2021
 
| Kesan Iktiraf Gender Ketiga |
 
Idea mengiktiraf gender ketiga telah dibawakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melalui cadangan kajian bertajuk ‘Feasibility of Having Legislation on the Recognition of a Third Gender.’
 
Penulisan ini,tidak dapat diketahui status kajian sama ada akan diteruskan kerana walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memohon penjelasan, belum ada pertemuan di antara pihak-pihak terbabit.
 
Prof. Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar , Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) memberi pandangan bahawa “Kajian Suhakam ini dibantah ramai kerana beberapa perkara dan Ia sebenarnya tidak bersifat kajian bebas dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Syariah, Perundangan sivil, Kesihatan fizikal dan mental serta hak-hak Wanita.”
 
“Kajian ini tidak bersifat bebas kerana nyata dapatan dan kaedah menyampaikan dapatan kajian telah ditetapkan Suhakam. Bermakna ia mestilah menjadi asas membentuk reformasi undang-undang kearah pengiktirafan transgender sebagai gender ketiga di Malaysia,meskipun dapatan kajian menentang sebarang reformasi perundangan.”
 
Beliau menegaskan lagi, “ Suhakam tidak seharusnya terikut-ikut dengan apa juga yang disogok kepada mereka atas nama hak asasi, sedangkan ada banyak cara untuk menangani diskriminasi kumpulan rentan. Bukan melalui pengiktirafan gender ketiga yang lebih banyak memberi impak negatif kepada keseluruhan masyarakat.”
 
Untuk berita penuh boleh ke halaman 17 akhbar Utusan Malaysia 17 September 2021 .
 
#keratanakhbar #utusanmalaysia

Leave a Comment