#KitaJagaKita

Kesesakan CAC Pasir Gudang diatasi

JH210521NA032_1629257716

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Susulan insiden kesesakan di CAC Stadium Tertutup Pasir Gudang, YB Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang telah pun berhubung dengan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor iaitu YB Vidyananthan bagi menyampaikan aduan masyarakat yang semakin ramai terkesan akibat kesesakan di situ. Ada yang telah menunggu dari malam sehingga ke pagi semata-mata hanya untuk menjalani swab test dan pemotongan gelang.

Oleh itu, menerusi maklumat yang diterima oleh YB Hassan Karim, bagi mengurangkan kesesakan yang dialami oleh rakyat Pasir Gudang, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah melaksanakan sistem digitalisasi bagi mengurangkan keberadaan di CAC. Penilaian COVID19 secara maya/virtual Covid-19 Assessment Centre (VCAC) bagi memudahcara pengurusan pesakit COVID19 serta pencarian kontak di Negeri Johor. Menurut mereka, seramai lebih kurang 15,000 telah menggunakan VCAC setakat ini.

Bagi anda yang telah disahkan positif COVID19 (samada saringan kendiri atau di klinik) dan belum dirawat, anda perlu mengakses pautan berikut https://tinyurl.com/vcacjohor. Melalui sistem ini, anda akan dihubungi oleh petugas kesihatan dalam tempoh masa 48 jam. Anda diminta untuk TIDAK HADIR terus ke CAC tanpa sebarang temujanji. Sekiranya semasa dalam tempoh menunggu gejala anda semakin teruk, anda boleh hubungi terus talian kecemasan 999.

Menurut kenyataan dari YB Vidyananthan, semua pesakit yang datang ke CAC sepatutnya perlu melalui appointment. Namun pihak CAC menerima pesakit-pesakit yang bersimptomatik dan teruk apabila mereka walk-in ke CAC. Orang ramai yang bukan kontak rapat juga dinasihatkan untuk tidak terus ke CAC. Sebaliknya mereka boleh membuat saringan kendiri atau pergi ke klinik-klinik berhampiran sama ada swasta atau kerajaan jika bersimptom.

Selain itu terdapat juga klinik swasta yang menawarkan khidmat CAC di mana pesakit boleh mendapatkan penilaian status kesihatan di samping pemasangan dan pemotongan gelang. Senarai klinik CAC Swasta tersebut (CAC GP) boleh diakses di https://tinyurl.com/cacswasta. Setakat ini 11 CAC yang masih beroperasi di Negeri Johor.

Bagi maklumat lanjut berkaitan pengurusan pesakit COVID19, sila layari e-book berikut sebagai panduan di https://online.anyflip.com/bkdyk/bbdd/mobile.index.html.

Tatacara bagi mengisi form VCAC ada di bawah. Sila rujuk infografik tersebut.

Isi form anda di sini sekiranya anda positif COVID19 https://tinyurl.com/vcacjohor

Senarai Klinik Swasta di Negeri Johor yang mempunyai perkhidmatan CAC
https://tinyurl.com/cacswasta

Sumber : YB Tuan Vidyananthan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1993846

#likedanshare
#YBHassanKarim
#AhliParlimenPasirGudang
#BiroKebajikanParlimenPasirGudang
#YBPrihatin
#DemiRakyatPasirGudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp