#KitaJagaKita

Misi Bantuan Mangsa Banjir di Yan, Kedah (Catatan 1)

azizi 1
19 Ogos 2021, Khamis
⛑ I-Medik bersama Yayasan Ikhlas, Relawan Muda Isma dan beberapa badan pertubuhan lain akan turun melakukan aktiviti sukarelawan untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Yan, Kedah.
Dikhabarkan lebih 800 buah rumah terjejas akibat aliran air deras dari Gunung Jerai yang memasuki kediaman penduduk semalam.
Bantuan yang akan disampaikan adalah dalam bentuk:
🌟Bantuan kewangan
🌟Barangan keperluan harian
🌟Pembersihan rumah
🌟Baik pulih rumah
21 Ogos 2021, Sabtu
Urusan awal para sukarelawan I-Medik bersama yang lain melakukan On-site screening Covid-19 kepada semua sukarelawan dan orang tempatan sebelum memulakan tugas bantuan. On-site screening ini dilakukan kepada lebih 100 sukarelawan dan penduduk.
Mereka akan dibahagikan beberapa kumpulan bagi membantu mencuci dan mengemas rumah mangsa banjir di kawasan Yan, Kedah yang terjejas. Semoga operasi sukarelawan ini berjalan dengan lancar dan sama-sama kita doakan agar misi bantuan berjalan lancar.🤲🏻
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp