Misi Perubatan I-Medik: ‘Tugu Banjir Besar’

Agak kehairanan melihat bongkah balak yang saiznya lebih besar dari ketinggian saya dan beratnya pasti puluhan atau ratusan tan.
Bongkah balak ini terdampar di tepi jalan menghala ke Gua Musang dalam perjalanan kami misi ‘Mobile Clinic I-Medik’ Kuala Krai dan Gua Musang yang lalu.

Apa yang boleh saya simpulkan, kekuatan air banjir sangatlah kuat (pressure and flow) sehingga bongkah sebesar itupun mampu dihanyutkan. Begitulah kekuatan ‘aqidah dan iman’ kita seharusnya mampu menolak gejala maksiat, khurafat, penyelewengan dan kesesatan. Aqidah yang sempurna (salleem), mendekatkan kita kepada Allah. Semoga kita semua terus mendapat rahmat dan kasih sayang Allah swt.

1

2

3

‪#‎photo‬ 1: saya cadangkan bongkah itu dijadikan tanda simbolik banjir besar disember 2014
#photo 2:team I-Medik melakukan perkhidmatan di tepi jalan
#photo 3;team I-Medik

Catatan 4; Perjalanan misi I-Medik
Dr Azizi Ayob
Kota Baharu, 3 Jan 2015

Leave a Comment