Pemukiman Jawatankuasa Pusat I-Medik 2023

Jawatankuasa Pusat I-Medik telah mengadakan retreat I-Medik pertama bagi tahun 2023 pada 21 Januari 2023, bertempat di Hotel Bangi Resort. Ahli-ahli jawatankuasa pusat dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak beserta jemputan telah berkumpul bagi membincangkan tentang hala tuju I-Medik bagi 2023 dan 2024.

Sesi pagi dimulakan dengan perbincangan berkenaan projek sukarelawan di bawah kelolaan I-MedikCare.

Antara yang telah dibincangkan adalah perancangan bagi
1) Projek kesukarelawanan di bawah I-MedikCare
2) Program Healher Sabah beserta keseinambungannya
3) Projek berkenaan kesihatan seksualiti di bawah ReproAlert!
4) Perancangan bagi perkembangan organisasi I-Medik sebagai satu badan iktisas.
Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pusat I-Medik dari Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah dan Sarawak beserta jemputan yang telah meluangkan masa bagi membincangkan tentang hala tuju I-Medik 2023 dan seterusnya.
Moga I-Medik akan terus berkembang menjadi satu badan NGO yang memberi impak kepada kesihatan masyarakat serta pembangunan tamadun perubatan Islam di Malaysia.

Leave a Comment