#KitaJagaKita

Penyelesaian Proaktif, Holistik Atasi Tekanan Pekerja Kesihatan

WhatsApp Image 2021-09-11 at 6.47.24 AM
📰BERITA HARIAN EDISI 11 SEPTEMBER 2021
 
|Data Terperinci Relevan Bantu Pengurusan Kawal Covid-19|
 
Komitmen Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk memastikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi data terkini secara terperinci dan relevan dalam bentuk granular data supaya lebih telus dalam melaporkan situasi semasa pandemic wajar disambut baik,tetapi umum perlu memahami kepentingan sebenar.
 
Dr. Ihsanuddin bin Abas Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin berkata, “data yang dikeluarkan secara terkini dan relevan sewaktu pandemik bukan tugas mudah kerana ianya membabitkan data yang banyak dan pelbagai ragam serta daripada pelbagai peringkat,iaitu sekecil-kecil kampung ,mukim,daerah hingga negeri”.
 
Ketepatan dan kecepatan data bergantung kepada kaedah pelaporan daripada sumber utama kepada kaedah pusat pengumpulan ,sama ada secara manual atau digital. Oleh itu,ia terdedah kepada kesalahan jika tiada protokol jelas untuk penentuan kesahihan sesuatu data.
 
Selain itu, beliau turut bercadang supaya “KKM lebih telus dalam melaporkan data adalah baik,namun kita perlu melihat keperluan sebenar data berkenaan dan data dikongsikan hendaklah relevan dengan pengurusan harian dan keperluan penduduk di Kawasan mereka”.
 
Untuk berita penuh boleh ke halaman MukaSepuluh akhbar Berita Harian 11 September 2021 .
 
#keratanakhbar #beritaharianonline #Covid-19 #kkmmalaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp