Perancangan Strategik Lestarikan Pelan Pembangunan Vaksin Negara

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta beberapa agensi lain mengambil inisiatif melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin (PPVN) serta Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

Kedua-duanya yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 November lalu adalah langkah strategik negara ketika menghadapi fasa pemulihan, pada masa sama masih lagi berdepan pandemik COVID-19

Presiden I-Medik dan Timbalan Pengarah Kajian Pembangunan Inovasi (IRDI) International Medical University (IMU) ,Prof Dr Azizi Ayob berkata “Hakikatnya, kerajaan sedar mana-mana penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penghasilan ubat-ubatan, termasuk vaksin memerlukan suatu pelaburan tinggi. Namun, ia berpotensi memberikan pulangan jangka panjang untuk rakyat dan negara secara amnya.

Sejak awal COVID-19 dikenal pasti, beberapa syarikat farmaseutikal multinasional mengumumkan kejayaan awal mereka membangunkan vaksin COVID-19 berdasarkan ujian klinikal fasa tiga di beberapa negara. Antaranya Pfizer dengan kerjasama syarikat bioteknologi berpusat di Jerman iaitu BioNTech serta syarikat Incorporation di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, ujar beliau lagi, “Penyertaan semua pihak, terutama mereka yang pakar dalam bidang pembangunan vaksin, penyelidik praklinikal, pakar kajian klinikal dan ahli industri berkaitan, perlu dibabitkan tanpa mengira latar belakang mereka, sama ada kakitangan kerajaan atau swasta. Mereka perlu merancang hala tuju pembangunan vaksin negara dan diminta memfokuskan tumpuan ke atas setiap milestone atau laluan perjalanan R&D, serta langkah dan perancangan kajian vaksin, hingga tahap kemampuan menjalankan kajian klinikal vaksin ke atas manusia.”

Kata beliau lagi, “Di Malaysia, kita seharusnya mengkaji semula pembabitan negara yang pernah suatu ketika dahulu terbabit secara langsung dalam pembangunan vaksin”

Untuk berita penuh boleh ke halaman MukaSepuluh akhbar Berita Harian edisi 7 November 2021

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/11/884547/perancangan-strategik-lestarikan-pelan-pembangunan-vaksin-negara

 

Leave a Comment