MENU

Comments (1) Aktiviti

Pinggan Sihat Malaysia

1. Apakah Pinggan Sihat Malaysia?
Piramid Makanan Malaysia telah dihasilkan sebagai panduan dalam penyediaan hidangan yang
sihat dan menekankan jumlah makanan bagi setiap kumpulan makanan. Pinggan Sihat
Malaysia dihasilkan sebagai alat komunikasi yang lebih berkesan untuk menterjemahkan
saranan daripada Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan untuk membantu rakyat
Malaysia mengamalkan tabiat makan secara sihat dengan merancang hidangan dalam
seharian.
Kedua-dua Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia merupakan bahan
pendidikan yang menyampaikan mesej yang sama kepada orang awam. Walau bagaimanapun,
Pinggan Sihat Malaysia ialah alat visual yang menunjukkan jumlah makanan bagi setiap
kumpulan makanan yang harus dimakan dalam sesuatu hidangan agar mencapai diet yang
seimbang dan sihat. Pinggan Sihat Malaysia bertujuan untuk memberi gambaran yang mudah
dalam hidangan di mana ia boleh membantu dalam meningkatkan pengambilan buah dan sayur;
mengawal sukatan nasi, mi, roti dan bijirin lain; menggalakkan pengambilan bijirin penuh;
memastikan pengambilan ikan, ayam, daging dan kekacang yang mencukupi; serta
menggalakkan pengambilan air kosong. Hidangan juga seharusnya rendah lemak, gula dan
garam sejajar dengan Panduan Diet Malaysia, 2010.
 
2. Siapa Yang Harus Mengikuti Pinggan Sihat Malaysia?
Secara amnya Pinggan Sihat Malaysia sesuai digunapakai di kalangan orang dewasa. Ia boleh
membantu dalam pengurusan berat badan dan pencegahan penyakit kronik berkaitan dengan
obesiti seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit kardiovaskular. Ia juga boleh
digunapakai oleh golongan yang mengamalkan vegetarian dan juga oleh semua kumpulan etnik.
Wanita hamil dan menyusukan bayi, mereka yang memerlukan diet khas atau mempunyai
masalah perubatan harus mendapat nasihat profesional kesihatan (sebaik-baiknya Pegawai
Dietetetik atau Pakar Pemakanan) untuk menentukan sama ada Pinggan Sihat Malaysia boleh
digunakan kepada mereka.
 
3. Bagaimana Merancang Hidangan Menggunakan Pinggan Sihat Malaysia?
Pinggan Sihat Malaysia menyarankan peningkatan pengambilan sayur dan buah; memastikan
pengambilan nasi, mi, roti dan bijirin lain serta ikan, ayam, daging mahupun kekacang adalah
mengikut saranan. Ia berdasarkan pinggan berukuran 10 inci (25 sm) yang biasa diguna oleh
penduduk Malaysia.
Pinggan Sihat Malaysia merupakan panduan asas tentang jumlah makanan yang diambil bagi
setiap kumpulan makanan. Ia tidak bergantung kepada pengambilan kalori dan bilangan sajian
yang khusus bagi setiap hari dari setiap kumpulan makanan. Saiz sukatan/ porsi sebenar dan
jumlah makanan yang diperlukan adalah berbeza di antara individu (rujuk kepada Jadual 1 bagi
saranan saiz sajian berdasarkan keperluan kalori yang diperlukan oleh setiap kumpulan umur).
 
Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

One Response to Pinggan Sihat Malaysia

  1. […] Admin A the A. Pinggan Sihat Malaysia | IMEDIK [Internet]. [cited 2019 Jul 8]. Available from: https://www.imedik.org/pinggan-sihat-malaysia/ […]

Leave a Reply