#KitaJagaKita

“Program Kesedaran dan Pendidikan Hak Kanak-Kanak dan Kesihatan Wanita Reproduktif”

 

NEGERI SEMBILAN, 28 Julai 2022 Β – I-Medik Negeri Sembilan berbesar hati dapat mewakilkan Timbalan Pengerusi I-Medik Negeri Sembilan, Dr.Aishah Abas dalam menyampaikan perkongsian beliau daripada bahan Modul Reproalert I-Medik, β€˜Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat di dalam Program Kesedaran dan Pendidikan Hak Kanak-Kanak dan Kesihatan Reproduktif Wanita anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Program ini telah berjaya dilaksanakan di Felda Palong 7, Negeri Sembilan hasil dari kerjasama SUHAKAM, Felda Palong 7 & 8, JKKR Felda 7 & 8, PKD Jempol, KK Palong 7 & 8, LPPKN Negeri Sembilan dan juga I-Medik.

Sambutan program amat memberangsangkan apabila dihadiri oleh masyarakat penduduk sekitar Felda Palong 7 dan 8.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mendidik masyarakat dalam mengambil tahu masalah kanak-kanak yang mungkin tersembunyi akibat dari perasaan takut dan malu, dan apakah tindakan yang harus dilakukan apabila berdepan dengan masalah ini.

Program hari ini telah membuka mata masyarakat sekitar akan keseriusan masalah ini. Diharapkan, program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang