Program Outreach Vaksin Dewan Kemas & PPV Bergerak PKD Seremban

Alhamdulillah Pusat Pemberian Vaksinasi di Kompleks Komuniti Desa Kampung Pantai telah melabuhkan tirai pada hari ini. Seramai 384 penduduk tempatan dan orang asli dari kampung berdekatan telah mendapatkan vaksin Covid-19 melalui Program PPV yang dijalankan hari ini. Misi Vaccine Outreach Seremban yang dijalankan bersama-sama Yayasan Ikhlas ini turut melawat ke rumah-rumah pesakit bagi memberi vaksin dan menyampaikan sumbangan pek Ikhlas berbentuk pek makanan selain daripada menyampaikan sumbangan peralatan kepada Pegawai Kesihatan di Daerah Seremban.
Para aktivis I-Medik Negeri Sembilan telah terlibat bermula dari persediaan awal di dewan di mana program PPV dijalankan dan juga semasa sesi taklimat bersama wakil pegawai perubatan daripada pasukan PPV bergerak, Pejabat Kesihatan Seremban. Aktivis I-Medik juga terlibat di kaunter penyaringan bagi mendapatkan kebenaran untuk vaksinasi daripada para peserta program PPV ini.
Dr.Hilman, seorang petugas kesihatan dari I-Medik Negeri Sembilan memberikan suntikan vaksinasi kepada penduduk Kampung Pantai Seremban yang golongan warga emas yang sukar untuk bergerak. Selain itu, turut disampaikan bantuan alatan perubatan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan bantuan Pek Ikhlas berupa pek makanan asas kepada golongan asnaf dan warga emas.

Kelihatan, para sukarelawan I-MedikCare Negeri Sembilan antaranya Dr Delima Radwa Hassan, Dr Fathiah Zamani dan Dr Shaqiq Shafie sedang dalam melakukan persiapan di Pusat Pemberian Vaksin Komuniti Desa Kampung Pantai. Program PPV di Kompleks Komuniti Desa Kg Pantai hari ini mensasarkan 600 pesakit utk suntikan pertama vaksin Pfizer. Mereka terdiri dari penduduk tempatan termasuklah orang asli dari kampung berdekatan. 

Sumbangan berbentuk makanan asas juga akan diagihkan kepada penduduk setempat yang memerlukan dan juga barangan bagi keperluan PKD Seremban.
Penyerahan sumbangan alatan perubatan disampaikan oleh Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, Pengerusi Yayasan Ikhlas kepada Dr Noor Khalili Mohd Ali, Pegawai Kesihatan Daerah Seremban dan diiringi Dr Zakwan Ilias, wakil dari I-Medik dan Prof Dr Sharifah Sulaiha Syed Aznal, Duta Yayasan Ikhlas.
Peralatan perubatan yang disumbangan adalah Thermal Scanner Termometer, Digital Bp, Pulse Oximeter dan Rightest Glucose Meter Gm550.
Semoga aktiviti sukarelawan dalam program vaksinasi ini dapat sedikit sebanyak membantu negara kita dalam membentuk imuniti kelompok dan membaikpulih kembali negara kita.
Bagi anda yang ingin menyalurkan sumbangan ikhlas kepada I-Medik boleh disumbangkan ke tabung I-Medik :
?562834635104- Maybank
✨Reference -Tabung Covid

Leave a Comment