#KitaJagaKita

Program Saringan Kesihatan di Masjid Nurul Islam

WhatsApp Image 2022-06-14 at 4.42.12 PM

Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan, 11 Jun- Seramai 8 orang sukarelawan  yang terdiri daripada para pelajar medik UITM Sungai Buloh dan Newcastle,Johor bersama 3 orang pegawai perubatan kerajaan dan swasta telah berjaya menjalankan pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma kepada para penduduk sekitar Desa Pahlawan,Kuala Lumpur.

Pemeriksaan saringan kesihatan ini dianjurkan  oleh Klinik Universal dengan kerjasam Masjid Nurul Islam dan I-Medik Kuala Lumpur. Pemeriksaan saringan  kesihatan yang ditawarkan ialah pemeriksaan “Body Mass Index (BMI)” tekanan  darah, dan pemeriksaan kandungan gula dan kolestrol dalam darah. Pemeriksaan jantung ” ECG” juga diadakan bergantung kepada keperluan.Para peserta cuma perlu membayar RM30 sahaja untuk tambahan pemeriksaan jantung.

Para sukarelawan juga diberikan pelbagai peluang, antaranya, mengambil bacaan tekanan darah, mengukur berat dan tinggi dan mengambil darah para peserta dengan persetujuan mereka serta belajar teknik konsultasi pegawai perubatan kepada para peserta.

Program bermula pada jam 9 pagi dan berakhir sehingga jam 12 tengah hari. Semua pihak berpuas hati dengan program yang telah dijalankan.  Di harapkan program sebegini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan kesihatan  penduduk setempat di Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp