Reproalert!

KEPONG, 20 September 2023 – I-Medik Kuala Lumpur telah dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan topik-topik yang terdapat dalam Modul ReproAlert! kepada murid- murid di Sekolah Kebangsaan Sri Kepong pada hari Rabu yang lalu.

I-Medik Kuala Lumpur diwakili oleh Dr Mohammad Faezuddin bin Shamsualharis, Pengerusi I-Medik Kuala Lumpur, Dr Aeishah bt Khidir, Pegawai Perubatan, Doktor Kesihatan Pekerjaan dan Puan Nurul Nabihah Hilmiyah bt Matsor, Pegawai Farmasi, telah menyampaikan topik – topik berkaitan isu keselamatan untuk kanak-kanak iaitu Sentuhan selamat dan Kitaran hidup manusia. Ceramah turut di selang-selikan dengan aktiviti-aktiviti untuk menambahkan kefahaman murid-murid ini tentang pengisian yang diberikan.

Ceramah disertai oleh 88 orang murid daripada darjah 3 hingga darjah 6, serta 6 orang guru. Sepanjang program berlangsung, semua murid memberikan kerjasama, dan komitmen yang cemerlang. “Ada belajar topik sentuhan selamat dalam subjek pendidikan kesihatan tapi sangat ringkas, aktiviti yang dijalankan oleh imedik lebih jelas” adalah antara maklum balas peserta yang diterima setelah selesai program diadakan.

Pihak I-Medik Kuala Lumpur merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Sri Kepong yang menjemput dan para peserta yang memberikan komitmen yang sangat baik. Semoga ilmu dan perkongsian yang diberikan memberikan manfaat kepada semua murid dan pihak sekolah.

Laporan disediakan oleh;

AJK Media I-Medik Kuala Lumpur

#ModulReproalert!

#ModulPendidikanSeksualitidanReproduktifberasaskanKekeluargaan

#IMedikKualaLumpur

Leave a Comment