Reproalert!

DAMANSARA, 30 September 2023 – I-Medik Kuala Lumpur telah dijemput oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk memberikan ceramah berkaitan pengenalan dan topik-topik yang terdapat dalam Modul ReproAlert! kepada 38 orang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) di Pusat Latihan JAKOA, Damansara Damai pada hari Sabtu yang lalu.

I-Medik diwakili oleh Dr Anayasmin binti Azmi, Pakar Pediatrik, juga merupakan salah seorang penggubal Modul ReproAlert!, Dr Mohammad Faezuddin bin Shamsualharis, Pengerusi I-Medik Kuala Lumpur, Dr Ainun Mardhiah bt Jamaluddin, Dr Siti Aeishah bt Mohamad Khidir, Dr Norhayati bt Hasan, dan Puan Nurul Nabihah Hilmiyah bt Matsor.

Topik – topik yang disampaikan adalah Pengenalan Modul Reproalert!, Kesihatan Psikoseksual, Perkembangan jantina dan kecelaruan gender, Ancaman gajet dan buli siber, Pengurusan nafsu dan pornografi, dan Panduan melapor salahlaku. Ceramah di selikan juga dengan kuiz berkaitan topik-topik ceramah dan di akhiri dengan bengkel perbincangan secara berkumpulan.

Para guru memberikan maklumbalas yang positif dan bersemangat untuk berkongsi ilmu dan kemahiran yang baru di pelajari bersama murid-murid di sekolah masing-masing.

Pihak I-Medik Kuala Lumpur merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan JAWI dan program guru PKHEM yang menjemput dan para guru yang memberikan komitmen yang sangat baik. Semoga ilmu dan perkongsian yang diberikan memberikan manfaat kepada semua guru dan pihak sekolah.

Laporan disediakan oleh;

AJK Media I-Medik Kuala Lumpur

#ModulReproalert!

#ModulPendidikanSeksualitidanReproduktifberasaskanKekeluargaan

#IMedikKualaLumpur

Leave a Comment