Rabun Jauh Sebenarnya Boleh Dielakkan

Miopia atau rabun jauh boleh dielakkan jika ibu bapa mengambil langkah-langkah pencegahan seawal yang mungkin.
Semua kanak-kanak dilahirkan mempunyai mata dan penglihatan yang baik melainkan kes-kes terpencil. Proses pembesaran yang baik dan kondusif dapat memastikan anak-anak berkembang dengan baik dan normal.
Rabun jauh boleh berlaku disebabkan banyak perkara. Ia dipanggil ‘myopigenic’/miopigenik. Faktor faktornya pelbagai dan merangkumi persekitaran dan keadaan rumah, arah matahari dan jumlah sinaran, pemakanan, kebiasaan dan corak tidur.
Rabun jauh ada tiga tahapan. Pra miopia, miopia rendah dan miopia tinggi. Tahapan ini dibezakan selaras dengan pengurusan rabun itu. Rabun jauh sangat perlu dielakkan kerana jika semakin tinggi, risiko untuk mendapat penyakit mata yang lain juga semakin tinggi.
Bagi mengelak atau mengawal rabun jauh daripada menjadi tidak terkawal dan meningkat, tiga langkah ini perlu diambil dengan segera.
  1. Kenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku. Buat penilaian bersama pakar bagi mengenal pasti dan tentukan puncanya. Rawatan tanpa menghapuskan punca ibarat memadamkan api dan pada masa yang sama petrol masih lagi dituang.
  2. Buat perancangan kawalan kuasa. Perancangan ini berbeza mengikut keadaan anak itu. Bagi kes yang tak terkawal atau peningkatan yang sangat mendadak, perancangan yang sangat agresif diperlukan. Beberapa tindakan segera diperlukan bagi menjayakan perancangan ini. Untuk kes yang berubah berkadaran dengan usia atau terkawal elok, perancangan wasati dan pantauan dilaksanakan. Bagi kes pra pula, pantauan dan pemerhatian perlu dibuat oleh ibu bapa bagi mengelakan keadaaan yang lebih teruk dari berlaku.
  3. Ubah persekitaran rumah, bilik dan tempat tinggal kita menjadi lebih baik dan sesuai untuk perkembangan manusia normal. Keadaaan yang kondusif akan membawa dan menentukan arah mana mata dan penglihatan mereka. Elakkan berlebih-lebihan dan memberi anak sesuatu yang bukan pada masanya lagi. Pantau dan perhatikan setiap perkembangan mereka supaya perkara buruk dapat dielakan.

Tindakan yang betul dari ibubapa menjadikan kehidupan anak-anak itu lebih baik dan berkualiti.

Muhammad Zubair bin Mohammad Suhaimi
Pegawai Optometri
Ketua Sektor Sains Kesihatan Bersekutu I-Medik

Leave a Comment